PKP bukan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik, kongsi tip mudahnya belajar atas talian



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan halangan untuk meneruskan pembelajaran. Dengan adanya pembelajaran secara atas talian, pelajar masih lagi berpeluang belajar secara terus bersama guru masing-masing. Hakikatnya, tempoh PKP bukan peluang untuk pelajar meninggalkan buku, sebaliknya banyak lagi saluran dan juga bentuk pembelajaran yang boleh pelajar ikuti.

Bersama Guru Cemerlang Matematik, SMA Daril Iktisam (SABK), Cikgu Khairil Haffez Sahidan (Sir K), GPSBestari kongsikan beberapa pandangan dan nasihat beliau.

Atas permintaan beberapa rakan yang whatsapp minta pandangan berkaitan macam mana pelajar nak belajar ketika PKP ni, maka saya tulis serba sedikit pandangan saya:
1. Youtube: Banyak sangat link pembelajaran di youtube dan ini merupakan satu kaedah yang paling berkesan untuk belajar kerana ada visual (video) dan juga audio (suara)..bila tak faham, boleh ulang tengok sampai faham..kan senang tu..antara channel yang ada:

Cikgu khairil (Matematik): http://tiny.cc/CikguKhairil
Cikgu fakhri (Matematik): http://tiny.cc/Cikgufakhri
Cikgu Ku Zam (Matematik): http://tiny.cc/Cikgukuzam
Cikgu Hailmi (Sains):  http://tiny.cc/Cikguhailmi

Banyak lagi sebenarnya. Sila search sendiri..taip ja Matematik SPM atau Sains PT3 atau Bahasa Melayu UPSR..pasti ada..

2. Telegram: terdapat banyak group di telegram yang menghimpunkan pelbagai jenis soalan sebagai latihan..hanya perlu search sahaja. Nanti akan jumpa berlonggok latihan. Ada yang siap dengan jawapan..ada yang belum ada jawapan. Buat sendiri, tak reti jawab, tanya guru atau tengok video di youtube.

3. Whatsapp: dalam Keadaan sekarang pasti ramai guru dah mula buat group-group pembelajaran dengan pelajar melalui whatsapp dan sememangnya di zaman ni, hampir semua pelajar ada whatsapp ni. Bila guru dah buat group, jangan pula left. Baca segala info atau latihan yang guru beri. Jangan hanya ada bila time nak sembang..bila guru bagi latihan, terus diam tanpa respon.. kasihanilah guru yang bertungkus lumus sediakan bahan.

4. Sesi Pembelajaran online: sejak PKP ni berlangsung, fb saya sendiri dibanjiri dengan catatan para guru buat sesi pembelajaran online.. jadi para pelajar, respon dan sertailah sesi online dengan guru.. kamu boleh habiskan masa main game, layari fb, main whatsapp sampai pagi, tapi untuk 30 minit bersama guru pun payah.. ada guru yang gunakan aplikasi zoom..ada guru yang merakam video dan dihantar kepada pelajar ada guru yang guna aplikasi meet, dan macam-macam lagi..hargailah usaha guru kamu. Ada juga guru-guru yang rajin, siap bukak kelas online free lagi untuk semua pelajar seluruh Malaysia..jadi sertailah jika berkesempatan..

5. Tiada internet / tiada fon: jangan risau..asas pembelajaran adalah bacaan..baca apa saja yang paling mudah untuk kamu dapatkan. Sebagai contoh, baca surat khabar, baca majalah, malahan bagi pelajar sekolah rendah, baca komik pun salah satu kaedahnya juga..untuk bantu pelajar-pelajar sekolah rendah membaca. Selain itu, baca Al-Quran dan terjemahannya juga satu pembelajaran.. kalau ada masa, belajar lah memasak dengan mak di dapur. Tu pun pembelajaran..mungkin tak begitu selari dengan peperiksaan awam, tapi masih relevan untuk pembelajaran asas kehidupan..

6. Rancangan pendidikan: rancangan pendidikan di television dan radio juga boleh membantu pelajar ketika ni..kita ada siaran astro tv danjuga national geographic sebagai medium pendidikan dan info...bagi yang tiada astro, akan disiarkan tv pendidikan mulai minggu hadapan di RTM..jika tiada tv, ada juga rancangan pendidikan di radio..setakat sekarang yang saya tahu radio Kedah dan radio Terengganu dah mulakan rancangan pendidikan di radio ni..ambil masa untuk dengar..insyaAllah bermanfaat..
Ahir sekali, dalam tempoh PKP ni, para pelajar janganlah terlalu bergantung kepada guru semata-mata. Fahamilah guru juga mempunyau kekangan ketika tempoh PKP ni. Ada guru yang berada di kampung yang mungkin tiada talian internet atau talian internet yang lemah. Ada guru yang tertinggal semua bahan mengajar di sekolah (ingatkan cuti seminggu ja..rupanya sebulan lebih..huhu).
Maka jangan lah terlalu bergantung pada guru. Bagi pelajar yang ada telefon bimbit dan ada talian internet, layarilah laman web pembelajaran yang ada di internet tu atau google ja apa yang kamu nk belajar atau nak ulangkaji..ibu bapa pula perlulah membantu anak-anak di rumah..sama ada bantu ulangkaji, atau bantu sediakan kemudahan untuk ulangkaji, jika mampu..
#Nasihat
#BelajarWalauPKP
#Covid19GoAway

Sumber: di sini
PKP bukan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik, kongsi tip mudahnya belajar atas talian PKP bukan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik, kongsi tip mudahnya belajar atas talian Reviewed by MAKTAB MAHMUD MERBOK on April 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Facebook

ads
Powered by Blogger.